Sejarah Sekolah


Sebelum 1972 , Sekolah Kebangsaan Sungai Danga pada asalnya adalah sekolah Cawangan Sekolah Kebangsaan Sungai Melayu . Selepas Tahun 1972 , sebuah sekolah berukuran 20 kaki X 50 kaki dibina di Kampung Sungai Danga . Walaupun sekolah ini masih berstatus sekolah cawangan , murid-murid Tahun 1 – Tahun 4 bersekolah di sini . Murid-murid Tahun 5 dan 6 akan bersekolah di SK Sungai Melayu . Pengangkutan untuk ke SK Sungai Melayu dengan menaiki sampan .
Pada Tahun 1982 , atas usaha penduduk-penduduk Kampung Sungai Danga yang diketuai Tuan Hj Mohamad bin Kassim , sebuah bangunan sekolah telah didirikan di bidang tanah seluas 6 ekar . Bangunan 2 tingkat dan sebuah kantin telah dibina dengan kos perbelanjaan . Bangunan kekal yang menempatkan bilik darjah ( JKR 4876 ) dengan keluasan 71 280 kaki persegi dengan kos berjumlah RM 212 , 834 . 00 . Sebuah bangunan kantin (JKR 4877) dibina dengan harga RM 61 988 . 00 dengan keluasan 3150 kaki persegi .
Pada 11 April 1982 , Yang Berhormat Allahyarhan Tan Sri Mohamad Bin Rahmat , Ahli Parlimen Pulai merangkap Menteri Penerangan telah merasmikan bangunan tersebut
Pada tahun 1988 , satu projek gotong royong telah diperolehi untuk membina tiga buah bilik darjah kekal(JKR 5277) dengan nilai RM 80,000.00 .
Pada tahun 1992 , satu kelas prasekolah telah diujudkan disekolah ini . Sebuah bilik darjah telah diubahsuai menjadi kelas prasekolah yang menempatkan murid-murid 6 tahun .
Pada tahun 2001 , sebuah makmal computer di bawah projek EPU telah dibina dengan kos RM 210 ,000.00