KATA-KATA ALUAN GURU BESAR





Assalamualaikum w.t.h

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah SWT yang telah melimpahkan kita dengan rahmat, taufik dan hidayah untuk membolehkan kita mengorak selangkah lagi ke hadapan untuk meneruskan perjuangan yang belum selesai. Terima kasih  dan tahniah kepada semua guru , yang telah bertungkus lumus mengajar dan membimbing para pelajar sehingga akhirnya kita telah mencapai sasaran UPSR dengan peningkatan menguasai dari 52.2 % kepada 79.16 meningkat sebanyak 26.96 %. Apa yang paling membanggakan ialah peningkatan mengejut kertas Bahasa Inggeris dari 52.17 % kepada 82.6 % meningkat sebanyak 30.43 %. Setinggi-tinggi tahniah kepada Panitia Bahasa Inggeris dan semua warga pendidik SKSD. Adalah  diharapkan guru-guru dapat meneruskan  dan mempertingkatkan  usaha agar tahun ini pencapaian dapat dikekalkan dan ditingkatkan lagi.

Pada tahun 2013 ini, guru-guru dan semua warga SKSD diberi tanggung jawab yang lebih mencabar untuk meneruskan langkah, visi dan misi, matlamat dan menentu hala tuju sekolah. Keupayaan,keilmuan, keiltizaman dan kesungguhan usaha kita sebagai warga pendidik amat diharapkan, khususnya untuk mencapai sasaran LINUS  dan meneruskan  langkah KSSR  dimana kita semua dikepung dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia yang menjadi paksi kepada keupayaan kita semua.Pada tahun 2013 ini sekolah telah dipilih sebagai sekolah rintis program i-THINK dimana matlamat sebenar adalah untuk mewujudkan budaya berfikir dikalangan semua warga sekolah.Program i-THINK ini merupakan cabaran terbesar pada kita semua kerana matlamat dan halatujunya amat mencabar minda kita semua.Diharapkan diakhir tahun ini semua warga telah biasa dengan thingking map dan dapat menguasai sepenuhnya agar matlamat melahirkan modal insan dapat dilahirkan melalui class thingking,school thingking dan seterusnya menjadi budaya berfikir dikalangan warga sekolah.

Kita tidak boleh untuk menoleh ke belakang lagi, segenap tumpuan, ‘Core Business’ kita untuk tahun 2013 ini adalah untuk memantap serta menyerlahkan pencapaian dan mengekalkan sasaran menguasai dan sasaran meningkatkan kecemerlangan mengikut keupayaan semasa. Sebagai sekolah yang sentiasa mendokong aspirasi kecemerlangan, kita perlu menyusun strategi serta program yang rapi, sistematik, bermatlamat, serta berusaha menggembleng tenaga semua pihak untuk merealisasikan matlamat dan seterusnya meraih kejayaan. Semua program yang dijalankan memerlukan keikhlasan untuk melaksanakannya.

Disebalik program yang dirancang, marilah kita bersama-sama membina imej dan kekuatan dari pelbagai sudut, menganjak paradigma, memacu peradaban, iklim serta persekitaran yang kondusif untuk memperkembangkan potensi setiap warga SKSD ke arah pembinaan insan yang berilmu bertaqwa, beramal dan berakhlak mulia serta mempunyai budaya berfikir.

Akhir kata, saya mengambil kesempatan ini merakamkan jutaan terima kasih sekali lagi di atas kerjasama yang diberikan , daya usaha, keprihatinan, sumbangan moral dan material kepada semua.Marilah kita berdoa, semoga segala wawasan, keikhlasan, nawaitu, usaha, dedikasi keiltizaman dan derma bakti semua pihak akan dapat membolehkan SK Sungai Danga   mencapai kejayaan  bagi tahun ini.Semoga usaha kita akan sentiasa diberkati Allah SWT.
“ Tanggungjawab dijunjung, Kejayaan disanjung”
Saya yang menurut perintah

HJ. MOHD.NOH HJ. SAHAN
Guru Besar
SK Sungai Danga
Johor Bahru