Piagam Pelanggan SKSD


 SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI DANGA

KAMI DENGAN PENUH TEKAD DAN ILTIZAM DAN BERIKRAR DAN BERJANJI AKAN MENUMPUKAN SELURUH TENAGA DAN USAHA KAMI UNTUK

1.    Memastikan sistem pendidikan berjalan dengan baik di sekolah ini bagi kehendak individu murid, masyarakat, Negara serta memenuhi matlamat perpaduan Negara.
2.    Memastikan staf berdedikasi, kometed, bertanggungjawab, berdisplin dan produktif.
3.    Memastikan pelajaran dimulakan pada hari pertama persekolahan.
4.    Menentukan setiap guru dan kakitangan sokongan sekolah dapat berkhidmat dengan cekap dan berkesan sepanjang masa.
5.    Memastikan kami sentiasa peka dan responsif kepada kehendak dan keperluan pelanggan yang terdiri daripada ibu/bapa/penjaga, masyarakat dan Negara/kerajaan.
6.    Memberi layanan mesra, perkhidmatan yang cekap dan jwapan segera kepada setiap pelangganyang berurusan dengan kami.
7.    Mementingkan urusan surat-menyurat, laporan dan maklumat diberi perhatian dan tindakan segera dengan lengkap dan tepat kepadayang berkenaan.
8.    Mewujudkan persekitaran dan budaya sekolah yang konduksif kearah melahirkan pelajar yang seimbang dan harmonis selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
9.    Sentiasa bersedia dan sanggup menerima pendapat, cadangan, syor dan teguran yang membina daripada semua pihak demi meningkatkan prestasi perkhidmatan dan kecemerlangan akademik.


SEKIRANYA ANDA KURANG BERPUASHATI DENGAN PERKHIDMATAN KAMI, SILA HUBUNGI:

DIALAMAT:
PEGAWAI PELAJARAN DAERAH,
JABATAN PELAJARAN DAERAH JOHOR BAHRU,
JKR 413, JALAN GLENDENING,
80100 JOHOR BAHRU.