Marilah kita sama-sama sedekahkan AL-FATIHAH atas pemergian Arwahyarham Cikgu Rashid pada petang tadi. Pemergiannya amat terasa buat warga SK Sungai Danga. AL-FATIHAH.
Terkini: Pagi tadi Cikgu Rashid telah dipindahkan ke ICU dan kini keadaannya stabil. Jika anda ingin melawat Cikgu Rashid, beliau kini di wat ICU Barat, Aras 1. Marilah kita bersama mendoakan agar Cikgu Rashid cepat sembuh seperti sediakala. Aminnn..
Warga SK Sungai Danga melawat Cikgu Rashid Bin Wakimin @ Adnan di Hospital Sultanah Aminah, Blok D, Aras 4. Beliau dimasukkan ke HSA kerana kekurangan darah dan ph darah yang rendah. Turut bersama kami adalah ayah dan ibu Cikgu Rashid. Kini keadaan Cikgu Rashid masih dalam keadaan yang membimbangkan. Doktor telah menidurkan Cikgu Rashid untuk membolehkan beliau berehat secukupnya dari jam 12.00 tengah malam tadi untuk selama 3 hari. Marilah kita sama-sama mendoakan agar beliau cepat sembuh.
Hari ini, Guru Besar dan GPK HEM telah melawat ke kampung Asli untuk membincangkan masalah ketidakhadiran murid Asli ke sekolah. Kedatangan Guru Besar, Tn Hj. Mohd Noh Bin Hj. Sahan dan GPK HEM, En Asmuni Bin Kaspan telah disambut baik oleh penduduk kampung tersebut dan segala masalah telah dapat diselesaikan.
Seramai 20 orang Ajk PIBG yang terdiri dari kalangan guru dan ibu bapa telah menghadiri mesyuarat tersebut. Mesyuarat yang bertempat di makmal komputer SK Sungai Danga itu membincangkan isu-isu seperti::
Program Peningkatan Bahasa Inggeris
Program Peningkatan UPSR 2012
Persiapan Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-28
Intensif Khas Bahasa Inggeris untuk calon UPSR yang mencapai sasaran
Intensif Khas UPSR
Sasaran UPSR 2012
Cadangan nilai sumbangan PIBG
Harapan dan impian sekolah
Kolaberasi dan banyak lagi
Pihak sekolah mengucapakan ribuan terima kasih kepada pihak PIBG kerana sudi melapangkan masa menghadiri mesyuarat serta mencurahkan idea dalam mesyuarat tersebut. Sekali lagi pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih.
Hari ini SK Sungai Danga telah menerima seorang guru baru, Cikgu Nurhafizah. Semoga kedatangannya ke SK Sungai Danga dapat meningkatkan lagi prestasi murid SKSD. Warga SKSD mengalu-alukan kedatangan Cikgu Nurhafizah. Kami mengucapkan SELAMAT DATANG ke SK Sungai Danga.
Program Pembangunan Insan kali ke 2 menampilkan beberapa perubahan dimana bekas air untuk 'Air Yassin' disediakan untuk diminum oleh semua warga SKSD terutamanya murid Tahun 6 yang akan menduduki UPSR pada akhir tahun ini. Warga SKSD mendoakan agar murid Tahun 6 mendapat kejayaan yang cemerlang dalam UPSR. Amin...
Membincangkan isu-isu semasa, budaya dan program-program yang boleh meningkatkan ilmu pengetahuan murid serta minat membaca mereka. Perkara-perkara yang telah dibincangkan adalah seperti:
12 Januari 2012 ( 10.30 pagi ) Guru Penolong Kanan HEM , En Asmuni Bin Kaspan telah menziarahi seorang pelajar Tahun 2 ( Nurul Alia Natasha Binti Ismail ) yang mengalami sakit Sindrom Protien . Guru-guru serta murid-murid SKSD mendoakan semoga Adik Nurul Alia Natasha cepat sembuh dan dapat kembali ke sekolah
Program Pembangunan Insan adalah satu program yang dijalankan sepanjang tahun . Program ini melibatkan seluruh warga kerja SK Sungai Danga dan Murid-Murid SK Sungai Danga . Program ini dijalankan setiap hari Jumaat . Seluruh warga Islam bersama-sama membaca Surah Yassin . Manakala murid bukan Islam dilibatkan dengan aktiviti Pendidikan Moral . Guru Besar SKSD , Tuan Hj Mohd Noh Bin Hj Sahan yang pertama kali berada dalam program ini berkata program ini adalah satu program yang amat baik . Beliau menyarankan setiap pelajar membawa sebotol air semasa membaca surah Yassin tersebut
Perisian MBMMBI telah dibuat di SK Sungai Danga dan ini membolehkan murid-murid mempelajari subjek Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dengan lebih berkesan lagi.
Hari ini bermulalah sesi persekolahan 2012. Ibu bapa kelihatan sibuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah. Warga SK Sungai Danga mengucapkan Selamat Kembali Ke Sekolah.
Penjualan buku sekolah disambut hebat oleh ibu bapa. Murid-murid juga kelihatan tidak sabar untuk memulakan sesi persekolahan. Bagi murid Tahun 1, taklimat transisi dijalankan agar ibu bapa dapat memahami dan menyambut baik sukatan pelajaran yang baru iaitu KSSR.